Friday, January 16, 2015

Baru? Ya mungkin.

Bismillah, 


Assalamualaikum wbth..

 Untuk kesekian kalinya, setelah beberapa tempoh yang agak lama Syaza dah tak update blog usang ni, maka terdetiklah di hati untuk update sedikit malam ni. Mungkin sekadar untuk memecahkan kesunyian, dan menghalau cengkerik *krikk krikk* sebabnya, Syaza masih tak punya idea untuk coret apa. "Syaza will always be Syaza" yang susah nak ada idea. dan pastinya bukan seorang yang puitis. ehek Ya, sebelum ni mungkin Syaza banyak kongsi pasal kehidupan peribadi. Dan kadang-kadang benda yang takde faedah (maybe?) Jadinya ........

Kenapa aktif semula? Sebab....

 Ada ukhti sayang pernah kata :

"Takpelah kalau awak tulis perihal hidup awak sekalipun dalam blog. Sebab kadang-kadang ada jenis readers yang suka baca kisah hidup orang lain dan ambil iktibar. Gunalah medium blog awak sebaiknya."

dan hanya mampu balas dengan senyuman sebab ada betulnya kata-kata tu.

Jadinya...........

Mungkin (mungkin jelah sebab ada possibility untuk jadi dan tak) ada beberapa azam untuk blog ni. Mungkin Syaza akan kongsi tentang pengalaman kehidupan? (gaya cerita macam ada anak 3/4 orang kan. ehek) atau travelling? atau cerita? atau apa-apa jelah yang "at least" mampu dikongsi dengan orang lain dan "at least" mungkin bermanfaat untuk orang lain "as well as" bermanfaat bagi Syaza.

nahhhhh, ni saja nak panaskan jari sejuk-sejuk macam ni.  Sebab sebenarnya tak tahu nak coret apa T_T

oklah, nak sambung berangan. kbai

p/s : sebab tak reti nak gelar diri sendiri apa. hehhh

2 comments:

Siti nabilah said...

Assalamualaikum, ya ukhti..
akk sokong dgn kata2 ukhti tu..
walau kadang kita update hanya beberapa patah, namun jika itu mampu mengusik hati insani ke arah Rabbnya..
bukankah itu satu aset pahala kita nanti?
Teruskan bertinta ye.

syazwina said...

jzkk kak, doakan kita :)