Thursday, December 17, 2015

Summer Break : Turkey (Part 2)

Bismillah,

p/s : hati-hati sebab post entry bukan jenis islamic dan si penulis aci redah aje.


sambung part 2 pasal Summer Break Turkey. ya Rabbi lama betul nak sambung part 2. biasalah takde alasan lain dah selain MALAS . daripada bulan Jun sampailah bulan Disember, nak masuk tahun 2016 dah nak oiiii. miahahaha

ok skip skip,

nak cerita tempat yang weols pergi Istanbul, Bursa, Cappadocia, Pamukkale. 4 daerah (eh ke negeri?)  dalam masa 12 hari. ok ikut urutan lah nak cerita, mula dengan Istanbul. main port weols ialah Istanbul, so even pergi Bursa, Cappadocia dengan Pamukkale, weols tetap akan balik Istanbul. kiranya bawa apa yg perlu je bila pergi tempat selain Istanbul. tumpang barang (bagasi etc) dekat hostel Istanbul weols tu, so jadi mudah lah, dan takdelah kena bawa barang berat-berat dan banyak-banyak.

#Istanbul

nak pergi main centre Istanbul dr Airport naik metro (train) beli kad transport ni dekat bawah (underground). kad ni memang bagus sebab boleh guna untuk transport macam metro dengan bas, so kiranya topup jelah macam ala-ala Touch n Go atau kad Rapid if not mistaken nama kad ni Istanbul Kart.

route : Havalimani - Zeytinburnu (tukar station) - Sultanahmet 

weols stop dekat Sultanahamet sebab hostel yang dah di-booking dekat area Sultanahmet. Faizzah yang tolong bookingkan hostel tu. tp ada masalah sebab owner hostel tu kata dia salah key-in maklumat dkt website (weols pun exicted sbb murah sgt, tu terus booking), kiranya harga yang dia tulis kat website tak sama dengan harga yang dia minta weols bayar, terus weols minta duit balik dan cari hostel lain. sebab mahal melampau-lampau. lepastu boleh pulak mamat tu kata "kau takkan jumpa hostel lagi murah dari aku" ceitttt 

tapi weols even gegirl takdelah mudah putus asa. so weols gigihkan diri juga cari hostel murah yang dalam bajet weols. lama juga cari hostel, habis tawaf area sultanahmet tu, siap terjah kedai karpet lah apa lah. hahahaha. adalah juga rasa giveup, tapi at last weols berjaya juga jumpa hostel murah. *keluarkan tisu , oii mamat! weols berjaya okay jumpa lagi murah! *flip tudung


nama hostel Harmony Hostel
harga 1 malam = 10 euro sorang untuk dorm 5 org.
dia punya receptionist orang arab syria yang fasih arab, turkey dengan english,
not bad juga lah. recomended sebab dekat dengan mcm-mcm tempat
dan breakfast free. 


view daripada dorm weols. tengah-tengah ni jalan metro.
kalau naik metro nak pergi hostel ni boleh berhenti dekat Gulhane
lepastu jalan sikit. hostel ni celah-celah kedai souvenir 
dengan kedai manisan sebelah kanan daripada arah Sultanahamet.


dah settel hostel, weols pun rehat-rehat sebab dah penat cari hostel dan penat flight semua tu (ceh macam diri sendiri pilot Turkish airlines tu haaa. kahkahkah) . maka kami pun krohh krohh sampai petang sebab masa tu pun dah petang. lepastu weols jalan-jalan bndar Istanbul lepas maghrib. (muroqib mana muroqib? aaaa takde takde. kahkah) saja nak tengok view dengan scenery banda Istanbul waktu malam, 


1) Masjid Biru/ Blue Mosque / Sultahahmet Mosque *night view



kawasan luar masjid.


kawasan dalam masjid.


tempat ambil wuduk dkt bahagian luar masjid.


paling kagum bila tiap kali masuk masjid yang ada dekat Turkey ni,
mesti dia akan sediakan plastik mcm dekat giant masa kita nak beli buah ke sayur ke kan, 
plastik tu digunakan untuk letak kasut kita dan bawa masuk dalam masjid dan letak kat rak
yang dah disediakan dalam masjid.atau kalau nak bawa tiap masa pun ok je,



kalau untuk non-muslims melawat pun boleh je. dan dia ada letak had which is
limit utk diorang. tak boleh berlegar tempat lain selain daripada 
tempat tu sahaja. dan wajib utk cover kepala dan sexy parts of them. 





dalam antara kekaguman masjid-masjid Turkey ni sebab interior design dia sgt MasyaAllah
boleh nganga sampai esok baru nak tutup mulut lah ceritaa dia (ok propa je, kihkih). lepastu
dia pun ukiran-ukiran dalam masjid-masjid ni pun cantik, lampu-lampu so niceeeee.  


belanja sikit gambar weols berlatar belakangkan Masjid Biru.
 teheeee

*day view

so ni gambar Masjid Biru masa siang. enjoy! (eeee bajetnya. miahaha)


bahagian dalam yang under construction.


bahagian luar.


bahagian luar. thank you jah jadi model! miahaha


bahagian luar, cantik woi!


belanja sikit gambar iols. ngeeee


bahagian luar.

oklah dah penat taip. miahaha cepat betul penat. nanti sambung pulak untuk tempat lain dekat Istanbul. tataaa!


Wednesday, June 17, 2015

Summer Break : Turkey (Part 1)

Bismillah,

p/s : hati-hati sebab post entry bukan jenis islamic dan si penulis jenis aci redah aje.

 sebab macam dah lama tak update blog, jadi terasa nak update pasal travel baru-baru ni. hajat hati  nak update pasal travel Mesir tahun lepas, tapi taip delete taip delete, save draft, last-last draft tu pun delete. aherherher. hajat lain pulak nak update pasal winter break bulan 1 baru ni, (Sweden, Denmark, German) tapi sebab phone kena curi dkt German jadi, terbantutlah hajat nak update. yelah semua gambar dalam tu, nak update macam mana. kalau gambar backup dri kawan pun tak syok lah sebab bukan hasil tangkapan diri sendiri dan banyaknya gambar selfie T__T

dah, skip skip bebel.

ok summer break kalini iols pergi Turki @ Turkeyyyyyyyy! ok dh sekian. tu je nak cerita. kahkahkah, ok ok tak tak tipu je. trip Turkey ni mcm tak jangka jugak. memang last minute plan tukar 360 sebab asalnya nak pergi Budapest, Prague, Italy pastu amende tah lagi within 12 days. plan nak pergi dgn Faizzah lah sape lagi kan (member kamcing dr sekolah pastu kuat jalan, kat Malaysia pun keja jalan je, akakakaka). ok, lepastu tukar plan sebab......entah sebab apa tah. so 12 days in Turkeyyyy. so mcm berbaloi jelah, 12 hari pusing Turkey je. kalau macm Budapest semua tu kena 2 hari kot 1 negara so mcm tak worth it lah jugak kan. (ayat nak sedapkan hati. huahuahua)

dah, skip skip bebel.

pendekkan cerita :

tiket Aqobah - Turki : 250 dinar // RM1300+- (beli dr agent, so kalau beli online murah lagi) 
by : Turkish Airlines
tarikh travel : 31/5/2015-12/6/2015

dah, skip skip bebel.

so weols bertolak dari Mu'tah ke Aqobah (kenapa ke Aqobah? sebab kalau gi Turkey dr Airport Aqobah tiket murah sangat-sangat, murah dalam 100 dinar jugaklah. hidup travel kena pandai bajet tiket murah. kahkahkah)..... dalam 6.30 ptg gitu by kereta sewa. so bayar sewa kereta 25 dinar, lepastu minyak 20 dinar tak silap, pastu upah driver dalam 10-15 dinar tak silap. lepastu bahagi antara 3 orang. (travel partner). so, major thanks to ust Akram Afifi yang hanta we ols ke Airport Aqobah (kena mention sebab serius rasa terharu dan menyusahkan ust sebab mcm-mcm hal jadi. takpe2, rahsia kita-kita je, kahkahkah) .


masa dkt pekan Aqobah pukul 11/12 malam gitu kot, aherherher

dah, skip skip bebel. 

ok lepastu weols pun check in dan boarding laaa ........ tp selfie dulu!


travel partner Turkey : kak Faza, Najlaa . weeeee 

ok, skip skip (kerja skip jelah engko ni. akakaka)

Yeay! Alhamdulillah dah sampai Turkeyyyyy! *joget sikit*


nampak tak nama airport tuuuuuu (buat buat nampak dah laaa. akakakaka)


gambar backpacker sikitttttttt. aherherher

so, basically weols sampai dalam pukul 6.30 am, perjalanan less than 2 hours from Jordan. tapi tidur tetap tidur dalam flighttt even 2 jam je. kahkahkah. ok lepas dah keluar dr plane mcm biasalah kena passport control tapi yang tak best sebab line dia ya rabbiiiiii panjangggggg ya amat, haaaa letih jugaklah menunggu, dengan bawak backpack ni T___T boleh bayang kot, semua pelancong dr negara selain turkey (sebab rakyat turkey line asing) beratur kat situ, lepastu kaunter berapa kerat aje bukak. huaaaaaa stress mak ngah masa tu tp kena redah jugak lah, and we ols did it! 

ok, skip skip bebel.

lepastu amek bagasi mcm biasa. and then mulakan misi mencari Faizzah! sebab Faizzah dari Sweden, berbeza tempat, dan dia pun sampai awal daripada weolss. mujur senang cari si kenit ni. hihihi

oklah dah penat taip. sambung nanti okkkk!

mana Faizzah? 


tu haaa yang kanan sekali. so, ni lah we ols, travel partner Turkey :)


Tuesday, March 10, 2015

Amanah.

Bismillah,


Assalamualaikum wbth...

  Ta'ajub dengan peristiwa harini. Mustahil dapat lupakan begitu saja. Sebab terjadi pada diri sendiri, dan terasa untuk berkongsi. Biar kita masih tahu, masih punya insan yang amanah. ( haa mcm skema kan? mcm dalam rancangan motivasi pun ada jugak. akakakakaka. okbai nak teruskan.)

  Semalam, lepas pulang dari jamiah (baca : universiti) terus pergi maktabah Anuar (baca : kedai buku Anuar) sebab nak print dokumen untuk meeting malamnya. Usai print, terus menuju ke kedai Lul'u, ( kedai ni akhawat Mu'tah mesti tahu. kikikiki) nak beli barang sikit. Sebelum tu, ada kirim bitoqoh (baca : kad topup) Umniah 10 dinar dekat Enon (kawan baik, mcm belangkas. harapnya dia baca ni, dia terharulah. sebab nama dia masuk blog. akakakaka). Masa dekat kedai Lu'lu tu, Enon pun balik dari kedai topup tu. Dan terus dia menghulur bitoqoh tu. Aku ambil terus masuk dalam poket.

  Habis pilih barang, makanya aku pun bayarlah. Keluarkan dompet dari kocek, dan hulurkan duit. Lepastu aku terus ke 'Abud ( kedai ni pulak, aku rasa semua Melezi dkt Mu'tah tahu. maklumlah kedai beli barang frozen untuk masak. ) memandang harini turn masak, jadinya aku kena beli lah barang untuk masak. Lepastu aku pergi ke kedai sayur, beli bawang sebiji. (takyah banyak-banyak, bazir. akakakaka. lagipun sebiji je dah 20 kurush. mahai betei). Lepastu aku pun balik rumah .....

ok skip skip skip.

kita buat ringkasan ok.

sampai rumah - masak - asar - buat keje untuk meeting - skype parents - maghrib - makan - isyak - gi meeting - balik meeting - tidur 

ok skip skip skip. ( haaa malas nak menaip memang macam ni.)

*Pagi keesokannya..

  Baru terdetik nak cari bitoqoh Umniah tu, sebab nak topup internet. Tapi, cari punya cari, tak jumpa. Geledah sana sini sana sini sana sini, tak jumpa T____T

  Lepastu gelabah ayam sebab bitoqoh hilang. ( haa kenapa gelabah ayam? sebab macam mana ayam bila kita kejar? gelabah lari kan? haa tu sebab gelabah ayam. akakakaka ) ok lepastu, macam cool, relax sebab taknak nampak lemah depan roomate ( ayat macam putus cinta. kahkahkah)

  Lepastu, takpelah nantilah teruskan misi mencari dan menyelamat bitoqoh Umniah tu. sebabnya kelas pukul 8 pagi, nanti lambat pulak. so siap-siap, pergi kelas. dan ada je terdetik dalam hati nak singgah semua kedai yang masuk semalam, sebab mungkin tercicir masa nak keluarkan dompet. dan at least ada usaha mencari. dan masa tu, tawakal ajelah, yelah, 10 dinar - RM50 ( perasaan masa ni macam baru beli eskem dan tak sempat makan pastu ada mamat clumsy langgar. harga eskem RM15. hahaha perumpamaan macam apa je)

  Balik kelas, singgah kedai Lu'lu lagi ditemani kak Wa Razak. Ada lelaki jaga kedai masa ni mungkin suami, abang atau adek? entahlah, tak pasti kepada perempuan yang jaga kedai semalam.

Tanya dia : هل رايت بطاقة امنية 10 دينار؟ // Adakah kau telah melihat kad topup Umniah 10 dinar?

Dia balas : ممكن مع بنت. دقيق // Mungkin ada dengan anak perempuanku.

Aku balas : الحمدالله ماشي // Alhamdulillah, aku paham.

  Dia pun berlalu pergi dekat anak perempuan dia. Dan dia pergi ambil. Selang beberapa minit, dia pun datang menghulurkan bitoqoh Umniah tu. (Perasaan masa tu macam mamat clumsy tadi ganti balik eskem, tapi dia ganti dengan eskem harga RM20. lebih RM5 daripada asal yang terjatuh tu. hihihihi )

Aku kata pada dia : شكرا شكرا
 (entah berapa kali syukran aku cakap. hahaha)


 Sepanjang perjalanan balik ke rumah, perasaan masih tak percaya, rasa ta'ajub sebab masih wujud insan yang amanah, yang jujur ikhlas (haaa macam visi misi je bunyi tu. akakaka) mcm lelaki tu. Dan aku pun terpikir dan berharap, moga lebih ramai insan seperti ini di dunia, khusus di Mu'tah ni. Sebab persepsi kami sebagai minoriti dkt sini, kadang rasa macam nyampah geram etc dekat orang Arab ni. Ye, tak semuanya jahat dan ada je yang baik, tapi jarang-jarang untuk jumpa.

  Dan untuk kes aku ni, rasa macam mustahil pun ada untuk jumpa. Tapi, Alhamdulillah, masih berjodoh dan Allah bantu.


"...Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan..." ( 5 : 2 )


#sebab tak tahu nak gelar diri sendiri apa dalam entry post. gelar Syaza mcm awkward. errrrr

Friday, January 16, 2015

Baru? Ya mungkin.

Bismillah, 


Assalamualaikum wbth..

 Untuk kesekian kalinya, setelah beberapa tempoh yang agak lama Syaza dah tak update blog usang ni, maka terdetiklah di hati untuk update sedikit malam ni. Mungkin sekadar untuk memecahkan kesunyian, dan menghalau cengkerik *krikk krikk* sebabnya, Syaza masih tak punya idea untuk coret apa. "Syaza will always be Syaza" yang susah nak ada idea. dan pastinya bukan seorang yang puitis. ehek Ya, sebelum ni mungkin Syaza banyak kongsi pasal kehidupan peribadi. Dan kadang-kadang benda yang takde faedah (maybe?) Jadinya ........

Kenapa aktif semula? Sebab....

 Ada ukhti sayang pernah kata :

"Takpelah kalau awak tulis perihal hidup awak sekalipun dalam blog. Sebab kadang-kadang ada jenis readers yang suka baca kisah hidup orang lain dan ambil iktibar. Gunalah medium blog awak sebaiknya."

dan hanya mampu balas dengan senyuman sebab ada betulnya kata-kata tu.

Jadinya...........

Mungkin (mungkin jelah sebab ada possibility untuk jadi dan tak) ada beberapa azam untuk blog ni. Mungkin Syaza akan kongsi tentang pengalaman kehidupan? (gaya cerita macam ada anak 3/4 orang kan. ehek) atau travelling? atau cerita? atau apa-apa jelah yang "at least" mampu dikongsi dengan orang lain dan "at least" mungkin bermanfaat untuk orang lain "as well as" bermanfaat bagi Syaza.

nahhhhh, ni saja nak panaskan jari sejuk-sejuk macam ni.  Sebab sebenarnya tak tahu nak coret apa T_T

oklah, nak sambung berangan. kbai

p/s : sebab tak reti nak gelar diri sendiri apa. hehhh