Thursday, December 17, 2015

Summer Break : Turkey (Part 2)

Bismillah,

p/s : hati-hati sebab post entry bukan jenis islamic dan si penulis aci redah aje.


sambung part 2 pasal Summer Break Turkey. ya Rabbi lama betul nak sambung part 2. biasalah takde alasan lain dah selain MALAS . daripada bulan Jun sampailah bulan Disember, nak masuk tahun 2016 dah nak oiiii. miahahaha

ok skip skip,

nak cerita tempat yang weols pergi Istanbul, Bursa, Cappadocia, Pamukkale. 4 daerah (eh ke negeri?)  dalam masa 12 hari. ok ikut urutan lah nak cerita, mula dengan Istanbul. main port weols ialah Istanbul, so even pergi Bursa, Cappadocia dengan Pamukkale, weols tetap akan balik Istanbul. kiranya bawa apa yg perlu je bila pergi tempat selain Istanbul. tumpang barang (bagasi etc) dekat hostel Istanbul weols tu, so jadi mudah lah, dan takdelah kena bawa barang berat-berat dan banyak-banyak.

#Istanbul

nak pergi main centre Istanbul dr Airport naik metro (train) beli kad transport ni dekat bawah (underground). kad ni memang bagus sebab boleh guna untuk transport macam metro dengan bas, so kiranya topup jelah macam ala-ala Touch n Go atau kad Rapid if not mistaken nama kad ni Istanbul Kart.

route : Havalimani - Zeytinburnu (tukar station) - Sultanahmet 

weols stop dekat Sultanahamet sebab hostel yang dah di-booking dekat area Sultanahmet. Faizzah yang tolong bookingkan hostel tu. tp ada masalah sebab owner hostel tu kata dia salah key-in maklumat dkt website (weols pun exicted sbb murah sgt, tu terus booking), kiranya harga yang dia tulis kat website tak sama dengan harga yang dia minta weols bayar, terus weols minta duit balik dan cari hostel lain. sebab mahal melampau-lampau. lepastu boleh pulak mamat tu kata "kau takkan jumpa hostel lagi murah dari aku" ceitttt 

tapi weols even gegirl takdelah mudah putus asa. so weols gigihkan diri juga cari hostel murah yang dalam bajet weols. lama juga cari hostel, habis tawaf area sultanahmet tu, siap terjah kedai karpet lah apa lah. hahahaha. adalah juga rasa giveup, tapi at last weols berjaya juga jumpa hostel murah. *keluarkan tisu , oii mamat! weols berjaya okay jumpa lagi murah! *flip tudung


nama hostel Harmony Hostel
harga 1 malam = 10 euro sorang untuk dorm 5 org.
dia punya receptionist orang arab syria yang fasih arab, turkey dengan english,
not bad juga lah. recomended sebab dekat dengan mcm-mcm tempat
dan breakfast free. 


view daripada dorm weols. tengah-tengah ni jalan metro.
kalau naik metro nak pergi hostel ni boleh berhenti dekat Gulhane
lepastu jalan sikit. hostel ni celah-celah kedai souvenir 
dengan kedai manisan sebelah kanan daripada arah Sultanahamet.


dah settel hostel, weols pun rehat-rehat sebab dah penat cari hostel dan penat flight semua tu (ceh macam diri sendiri pilot Turkish airlines tu haaa. kahkahkah) . maka kami pun krohh krohh sampai petang sebab masa tu pun dah petang. lepastu weols jalan-jalan bndar Istanbul lepas maghrib. (muroqib mana muroqib? aaaa takde takde. kahkah) saja nak tengok view dengan scenery banda Istanbul waktu malam, 


1) Masjid Biru/ Blue Mosque / Sultahahmet Mosque *night view



kawasan luar masjid.


kawasan dalam masjid.


tempat ambil wuduk dkt bahagian luar masjid.


paling kagum bila tiap kali masuk masjid yang ada dekat Turkey ni,
mesti dia akan sediakan plastik mcm dekat giant masa kita nak beli buah ke sayur ke kan, 
plastik tu digunakan untuk letak kasut kita dan bawa masuk dalam masjid dan letak kat rak
yang dah disediakan dalam masjid.atau kalau nak bawa tiap masa pun ok je,



kalau untuk non-muslims melawat pun boleh je. dan dia ada letak had which is
limit utk diorang. tak boleh berlegar tempat lain selain daripada 
tempat tu sahaja. dan wajib utk cover kepala dan sexy parts of them. 





dalam antara kekaguman masjid-masjid Turkey ni sebab interior design dia sgt MasyaAllah
boleh nganga sampai esok baru nak tutup mulut lah ceritaa dia (ok propa je, kihkih). lepastu
dia pun ukiran-ukiran dalam masjid-masjid ni pun cantik, lampu-lampu so niceeeee.  


belanja sikit gambar weols berlatar belakangkan Masjid Biru.
 teheeee

*day view

so ni gambar Masjid Biru masa siang. enjoy! (eeee bajetnya. miahaha)


bahagian dalam yang under construction.


bahagian luar.


bahagian luar. thank you jah jadi model! miahaha


bahagian luar, cantik woi!


belanja sikit gambar iols. ngeeee


bahagian luar.

oklah dah penat taip. miahaha cepat betul penat. nanti sambung pulak untuk tempat lain dekat Istanbul. tataaa!


3 comments:

Acuyuhan said...

cntknye turki.. hi done folo, folo me back ;)

Unknown said...

Hi Syazwina, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Unknown said...

Свадьба: проститутки Киева район

Милая, ухоженная, очаровашка. Доставлю неземное наслаждение!!! Лучший секс в вашей жизни! Природа наделяет склонностями, воспитание противопоставляет им привычки.