Tuesday, March 10, 2015

Amanah.

Bismillah,


Assalamualaikum wbth...

  Ta'ajub dengan peristiwa harini. Mustahil dapat lupakan begitu saja. Sebab terjadi pada diri sendiri, dan terasa untuk berkongsi. Biar kita masih tahu, masih punya insan yang amanah. ( haa mcm skema kan? mcm dalam rancangan motivasi pun ada jugak. akakakakaka. okbai nak teruskan.)

  Semalam, lepas pulang dari jamiah (baca : universiti) terus pergi maktabah Anuar (baca : kedai buku Anuar) sebab nak print dokumen untuk meeting malamnya. Usai print, terus menuju ke kedai Lul'u, ( kedai ni akhawat Mu'tah mesti tahu. kikikiki) nak beli barang sikit. Sebelum tu, ada kirim bitoqoh (baca : kad topup) Umniah 10 dinar dekat Enon (kawan baik, mcm belangkas. harapnya dia baca ni, dia terharulah. sebab nama dia masuk blog. akakakaka). Masa dekat kedai Lu'lu tu, Enon pun balik dari kedai topup tu. Dan terus dia menghulur bitoqoh tu. Aku ambil terus masuk dalam poket.

  Habis pilih barang, makanya aku pun bayarlah. Keluarkan dompet dari kocek, dan hulurkan duit. Lepastu aku terus ke 'Abud ( kedai ni pulak, aku rasa semua Melezi dkt Mu'tah tahu. maklumlah kedai beli barang frozen untuk masak. ) memandang harini turn masak, jadinya aku kena beli lah barang untuk masak. Lepastu aku pergi ke kedai sayur, beli bawang sebiji. (takyah banyak-banyak, bazir. akakakaka. lagipun sebiji je dah 20 kurush. mahai betei). Lepastu aku pun balik rumah .....

ok skip skip skip.

kita buat ringkasan ok.

sampai rumah - masak - asar - buat keje untuk meeting - skype parents - maghrib - makan - isyak - gi meeting - balik meeting - tidur 

ok skip skip skip. ( haaa malas nak menaip memang macam ni.)

*Pagi keesokannya..

  Baru terdetik nak cari bitoqoh Umniah tu, sebab nak topup internet. Tapi, cari punya cari, tak jumpa. Geledah sana sini sana sini sana sini, tak jumpa T____T

  Lepastu gelabah ayam sebab bitoqoh hilang. ( haa kenapa gelabah ayam? sebab macam mana ayam bila kita kejar? gelabah lari kan? haa tu sebab gelabah ayam. akakakaka ) ok lepastu, macam cool, relax sebab taknak nampak lemah depan roomate ( ayat macam putus cinta. kahkahkah)

  Lepastu, takpelah nantilah teruskan misi mencari dan menyelamat bitoqoh Umniah tu. sebabnya kelas pukul 8 pagi, nanti lambat pulak. so siap-siap, pergi kelas. dan ada je terdetik dalam hati nak singgah semua kedai yang masuk semalam, sebab mungkin tercicir masa nak keluarkan dompet. dan at least ada usaha mencari. dan masa tu, tawakal ajelah, yelah, 10 dinar - RM50 ( perasaan masa ni macam baru beli eskem dan tak sempat makan pastu ada mamat clumsy langgar. harga eskem RM15. hahaha perumpamaan macam apa je)

  Balik kelas, singgah kedai Lu'lu lagi ditemani kak Wa Razak. Ada lelaki jaga kedai masa ni mungkin suami, abang atau adek? entahlah, tak pasti kepada perempuan yang jaga kedai semalam.

Tanya dia : هل رايت بطاقة امنية 10 دينار؟ // Adakah kau telah melihat kad topup Umniah 10 dinar?

Dia balas : ممكن مع بنت. دقيق // Mungkin ada dengan anak perempuanku.

Aku balas : الحمدالله ماشي // Alhamdulillah, aku paham.

  Dia pun berlalu pergi dekat anak perempuan dia. Dan dia pergi ambil. Selang beberapa minit, dia pun datang menghulurkan bitoqoh Umniah tu. (Perasaan masa tu macam mamat clumsy tadi ganti balik eskem, tapi dia ganti dengan eskem harga RM20. lebih RM5 daripada asal yang terjatuh tu. hihihihi )

Aku kata pada dia : شكرا شكرا
 (entah berapa kali syukran aku cakap. hahaha)


 Sepanjang perjalanan balik ke rumah, perasaan masih tak percaya, rasa ta'ajub sebab masih wujud insan yang amanah, yang jujur ikhlas (haaa macam visi misi je bunyi tu. akakaka) mcm lelaki tu. Dan aku pun terpikir dan berharap, moga lebih ramai insan seperti ini di dunia, khusus di Mu'tah ni. Sebab persepsi kami sebagai minoriti dkt sini, kadang rasa macam nyampah geram etc dekat orang Arab ni. Ye, tak semuanya jahat dan ada je yang baik, tapi jarang-jarang untuk jumpa.

  Dan untuk kes aku ni, rasa macam mustahil pun ada untuk jumpa. Tapi, Alhamdulillah, masih berjodoh dan Allah bantu.


"...Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan..." ( 5 : 2 )


#sebab tak tahu nak gelar diri sendiri apa dalam entry post. gelar Syaza mcm awkward. errrrr

1 comment:

Anonymous said...

hehehe... gelarla winaa